twitter
rss

SURAT KIRIMAN RASMI : Memohon untuk Menggunakan Dewan Sekolah.

Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu akan mengadakan latihan untuk pertandingan bercerita di dewan sekolah. Sebagai setiausaha persatuan, tulis sepucuk surat kepada guru besar untuk memohon menggunakan dewan sekolah.

Pendahuluan.
  • alamat
  • tarikh
  • perkara

Isi-isi Penting.
  • menyatakan tujuan ,butir-btir penggunaan
  • berjanji menjaga kemudahan dewan 
  • akan memastikan keselamatan murid
  • mohon pertimbangan

Penutup.
  • ucapan terima kasih
  • tandatangan


SJKC Keow Kuang,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

                                                                                      

Guru Besar,
SJKC Keow Kuang,
14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang.                                8 JULAI 2011


Tuan,
Memohon untuk Menggunakan Dewan Sekolah.

Berhubung dengan perkara di atas, saya Ivy Wong, setiausaha Persatuan Bahasa Melayu ingin memohon menggunakan dewan untuk latihan pertandingan bercerita yang akan diadakan pada 22 Julai 2011.

2.    Berikut ialah butir-butir mengenai
       penggunaan dewan sekolah :
       Tarikh : 15 Julai 2011
       Masa pengunaan : 11:00 pagi- 01:00
       tengah hari.
       Jumlah murid yang terlibat : 20 orang.

3.  Kami berjanji akan menjaga kemudahan di dewan dengan baik. Keselamatan pelajar juga akan menjadi keutamaan kami.
4. Pihak kami mengucapkan terima kasih atas pertimbangan pihak tuan dalam perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Ivy Wong
(IVY WONG GHER SHING)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu.




Latihan.


1. Kamu tidak dapat hadir ke sekolah selama beberapa hari kerana pulang ke kampung melawat nenek yang sakit.


Tulis sepucuk surat kepada guru kelas untuk menyatakan sebab anda tidak hadir ke sekolah.


2. Kamu ialah setiausaha persatuan beruniform di sekolah. Persatuan beruniform sekolah akan menganjurkan lawatan ke suatu tempat yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan ahli.


Tulis sepucuk surat memohon kebenaran membuat lawatan kepada pihak berkenaan.






SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI : Pengalaman Menyertai Perkhemahan.

Kamu telah menyertai satu perkhemahan pengakap pada minggu lepas. Ceritakan pengalaman kamu menyertai perkhemahan  itu kepada kawan kamu dengan menulis surat.

                                                           
(P1) Pendahuluan.
  • kata alu-aluan

(P2) Isi 1.
  • bertanya khabar
  • Semoga berada - sihat
  • sihat

(P3) Isi 2.
  • tujuan - menulis - menceritakan - perkhemahan
  • menyertai - perkhemahan - sekolah
  • berkhemah - 3 hari 2 malam
  • aktiviti - dijalankan

(P4) Isi 3.
  • diajar - mendirikan
  • tengah hari - belajar memasak
  • petang - kawad kaki - padang

(P5) Isi 4.
  • malam terakhir - menyanyi - menari
  • Acara kemuncak
  • memenangi - persembahan

(P6) Penutup.
  • Setakat - sahaja - dapat - tuliskan
  • ingin mengetahui - terbaru 

Sekian, terima kasih.

                                    
                                  No. 22 Taman Bestari,
                                   14000 Bukit Mertajam,
                                      Pulau Pinang.   
                                    8 Mei 2011


Menemui sahabatku, Siti yang berada di Perak dengan selamatnya.

Saudari,
         Apa khabar saudari di sana? Semoga berada dalam keadaan sihat selalu. Saya juga berada dalam keadaan sihat.
         Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan tentang pengalaman saya berkhemah. Saya menyertai perkhemahan selama 3 hari 2 malam. Saya berkhemah di sekolah. Pelbagai aktiviti yang dijalankan.
     Kami juga telah diajar untuk mendirikan khemah. Pada waktu tengah hari, kami belajar memasak. Pada waktu petangnya pula kami berlatih kawad kaki di padang.
     Pada malam terakhir perkhemahan, kami menyanyi dan menari dengan gembira. Acara kemuncaknya adalah pertandingan persembahan. Kumpulan kami memenangi pertandingan tersebut.
      Setakat ini sahaja yang dapat saya tuliskan untuk saudari. Saya juga ingin mengetahui cerita terbaru daripada saudari pula.

Sekian, terima kasih.

                                                     Yang benar,
                                                         Nurul Ain


Latihan.


1. Kamu ingin membalas surat daripada kawan. Ceritakan persediaan kamu untuk menghadapi peperiksaan UPSR kepada kawan kamu itu.

2. Kamu tinggal bersama nenek kamu di kampung. Tulis sepucuk surat kepada ibu kamu untuk menceritakan keadaan kamu di kampung.

MENYAMBUNG CERITA : Membantu Jiran dalam Kesusahan.

..............Dia berasa bangga kerana berjaya dalam usahanya. Dia berharap sikapnya yang suka membantu ini akan berterusan hingga ke akhir hayat.

(P1) Pendahuluan.
  • pelajar - baik hati
  • simpati - kesusahan - jiran
  • Puan Nora - jiran
  • Suaminya - meninggal dunia

(P2) Isi 1. 
  • membantu 
  • memikirkan - bijak
  • memberitahu - ketua kampung

(P3) Isi 2.
  • Ibunya - meminta bantuan - jiran
  • memberi - termampu
  • mengurangkan beban

(P4) Isi 3.
  •  Pihak Kebajikan Masyarakat-membantu
  • bantuan kewangan - setiap bulan
  • yuran persekolahan - ditanggung

(P5) Isi 4.
  • mengucapkan terima kasih
  • Ketua kampung - memuji
  • mengingatkan - mencontohi

(P6) Penutup.
  • tersenyum 

         Amin seorang pelajar yang baik hati. Amin simpati dengan kesusahan hidup jirannya.  Puan Nora merupakan jirannya. Suaminya pula telah meninggal dunia.
        Amin ingin sekali membantu jirannya itu. Dia berfikir dengan bijak. Akhirnya, dia telah memberitahu hal itu kepada ketua kampung.
        Ibunya juga turut meminta bantuan jiran-jiran yang terdekat. Mereka memberi bantuan sekadar yang termampu. Bantuan itu mampu mengurangkan beban Puan Nora sekeluarga.
       Pihak Kebajikan Masyarakat juga turut membantu Puan Nora. Bantuan kewangan diberi pada setiap bulan. Yuran persekolahan sepenuhnya ditanggung oleh pihak mereka.
       Puan Nora mengucapkan terima kasih kepadanya. Ketua kampung turut memuji tindakannya. Beliau mengingatkan penduduk kampung supaya mencontohi sikapnya.
       Amin tersenyum puas. Dia berasa bangga kerana berjaya dalam usahanya. Dia berharap sikapnya yang suka membantu ini akan berterusan hingga ke akhir hayat.


Latihan.


1. Tulis sebuah karangan yang berakhir dengan ayat di bawah.


...........aku bangga dengan sikap jiranku yang sudi membantuku. Jasa mereka akan ku kenang hingga ke akhir hayat.

MENYAMBUNG CERITA : Peristiwa Rumah dimasuki Pencuri.

Pada suatu malam, ayah dan ibu pergi mengunjungi rumah nenak di kampung. Aku tinggal seorang diri di rumah kerana perlu menyiapkan kerja sekolah. Aku...........

(P1) Pendahuluan.
  • mengunci pintu - rumah

(P2) Isi 1.
  • membuat kerja sekolah - radio
  • Tiba-tiba - terdengar bunyi
  • mengesyaki - pencuri - bumbung

(P3) Isi 2.
  • segera keluar - rumah
  • ternampak - hitam - bumbung
  • yakin - pencuri

(P4) Isi 3.
  • menelefon pihak polis
  • menelefon jiran - bantuan
  • jiran-jiran - mengepung


(P5) Isi 4.
  • pihak polis - tiba
  • melarikan diri
  • ditangkap - penduduk rumahku

(P6) Penutup.
  • pulang - kampung
  • menceritakan 
  • bangga - tindakan aku

      Pada suatu malam, ayah dan ibu pergi mengunjungi rumah nenek di kampung. Aku tinggal seorang diri di rumah kerana perlu menyiapkan kerja sekolah. Aku segera mengunci pintu pagar dan rumah setelah ayah dan ibu pergi. 
    Aku terus membuat kerja sekolah sambil mendengar radio. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi yang kuat. Aku mengesyaki ada pencuri di atas bumbung.
       Aku segera keluar dari rumah. Aku ternampak lembaga berpakaian hitam di atas bumbung. Aku yakin itu adalah pencuri.  
         Aku segera menelefon pihak polis. Aku juga menelefon jiran-jiranku untuk meminta bantuan. Jiran-jiranku keluar dan mengepung rumahku.
        Tidak lama kemudian, pihak polis pun tiba. Pencuri itu telah melarikan diri. Akhirnya dia berjaya ditangkap oleh penduduk rumahku. 
       Tidak lama kemudian, ibu dan ayahku pun pulang dari kampung. Aku menceritakan semua perkara yang berlaku. Ayah berasa bangga dengan tindakan aku yang berani.

Latihan.
1. Aku terlewat bangun untuk pergi ke sekolah. Namun, aku terpaksa pergi ke sekolah kerana pada hari ini diadakan peperiksaan. Aku.......................................

Lengkapkan karangan di atas.
         

AUTOBIOGRAFI : Aku Senaskah Surat Khabar.


(P1) Pendahuluan.
  • Nama
  • diperbuat- kertas
  • kilang percetakan - Kuala Lumpur


(P2) Isi 1.
  • berita - tulis
  • badan - dicetak
  • disusun rapi
  • dihantar


(P3) Isi 2. 
  • Aku - kawan-kawan - kedai
  • disusun - meja
  • Harga - RM 1.50
  • dibeli - seorang pemuda


(P4) Isi 3.
  • dibawa pulang
  • menjadi teman rapat - hari ini
  • membaca - maklumat


(P5) Isi 4.
  • keesokan hari - tidak dipedulikan
  • diletakkan - meja
  • membeli surat khabar 
  • disimpan - stor


(P6) Penutup.
  • dijual - kawan-kawan yang lain
  • sedih
  • nasib - senaskah surat khabar
        Aku senaskah surat khabar. Nama aku Kosmo. Aku diperbuat daripada kertas yang telah dikitar semula. Aku dilahirkan di sebuah kilang percetakan, Kuala Lumpur.
   Banyak berita tertulis di badanku. Setelah selesai, badan aku akan dicetak. Aku disusun rapi dalam sebuah kotak. Kemudian, aku dihantar ke seluruh Malaysia.
    Aku dan kawan-kawanku yang lain dihantar ke sebuah kedai runcit. Aku disusun di atas meja. Harga aku Rm 1.50. Aku bertuah kerana telah dibeli oleh seorang pemuda.
        Aku dibawa pulang ke rumahnya. Aku menjadi teman rapatnya pada hari ini. Dia membaca segala maklumat yang terdapat di badanku.   
   Pada keesokan harinya, aku tidak dipedulikan lagi. Aku diletakkan di bawah meja. Aku melihat tuan membeli senaskah surat khabar baru. Aku pula disimpan di dalam stor.
      Aku dijual bersama kawan-kawanku yang lain. Aku berasa sangat sedih. Begitulah nasibku 'Senaskah Surat Khabar'.

LATIHAN.

1. Tulis sebuah karangan yang bertajuk 'Aku Sebuah Buku'.
2. 'Aku Sebuah Kereta'. Ceritakan tentang tajuk tersebut.

BIOGRAFI : Orang yang Paling Saya Sayangi.




Pendahuluan.
P1- orang yang disayangi
    - ibu 


Isi 1.
P2- Nama ibu
    - berumur
    - cantik
    - seorang guru - SJK(C) Keow Kuang


Isi 2.
P3- menghantar saya ke sekolah
    - menaiki kereta
    - tiba awal di sekolah
    - pulang dari sekolah


Isi 3.
P4- memasak makanan kegemaran
    - pandai memasak
    - masakan ibu sangat sedap
    - pandai menjahit baju


Isi 4.
P5- menyiapkan kerja sekolah
    - bertanya ibu - soalan yang sukar
    - mengajar dengan sabar


Penutup.
P6- sayang dan kagum
    - membalas jasa


   Semua orang mempunyai orang yang paling disayangi. Ibu adalah orang yang paling saya sayangi di dunia ini.
    Nama ibu saya Siti. Ibu saya berumur 36 tahun. Ibu saya seorang yang sangat cantik. Ibu seorang guru dan mengajar di SJK (C) Keow Kuang.
    Pada setiap pagi, ibu menghantar saya ke sekolah. Saya ke sekolah dengan menaiki kereta. Saya juga selalu tiba awal di sekolah. Ibu juga akan menjemput saya semasa pulang dari sekolah.
    Ibu selalu memasak makanan kegemaran kami sekeluarga. Ibu sangat pandai memasak. Masakan ibu sangat sedap. Ibu juga pandai menjahit baju.
   Pada waktu malam, ibu akan membantu saya menyiapkan kerja sekolah. Saya akan bertanya ibu tentang soalan yang sukar. Ibu mengajar saya dengan sabar.
     Saya sangat sayang dan kagum terhadap ibu saya. Saya akan menjaga dan membalas jasa ibu bapa saya apabila dewasa nanti. 
LATIHAN.     
1.Tulis sebuah karangan tentang rakan yang paling kamu sayangi.
2. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk "Jiran Saya". 

CERITA : Pergi ke Pasar Malam.


Rangka Karangan.


Pendahuluan.
P1- hujung minggu
    - berdekatan dengan rumah
    - bertolak
    - berjalan kaki


Isi 1.
P2- tiba di sana
    - ramai pengunjung
    - menjual pelbagai jenis barangan
    - riuh rendah


Isi 2.
P3 - ke gerai sayur-sayuran
     - memilih sayur-sayuran yang segar
     - harga berpatutan
     - membantu ibu


Isi 3.
P4 - ke gerai pakaian
     - memilih baju dan seluar
     - membeli baju dan seluar baharu
     - terima kasih


Isi 4.
P5 - penat - lapar
     - gerai makanan
     - enak - kenyang


Penutup.
P6 - pulang
     - letih - gembira
     - menemani ibu 
    


           Pada hujung minggu yang lalu, saya mengikut ibu ke pasar malam. Pasar malam itu berdekatan dengan rumah saya. Kami bertolak ke sana pada pukul 8:00 malam. Saya dan ibu berjalan kaki ke sana.
         Lima belas minit kemudian, kami pun tiba di sana. Saya melihat ramai pengunjung. Banyak gerai yang didirikan dan menjual pelbagai jenis barangan. Suasana di pasar malam riuh-rendah dan hiruk-pikuk dengan suara penjual.
           Saya mengikut ibu ke gerai sayur-sayuran. Ibu memilih sayur-sayuran yang segar. Harga sayur yang dijual di situ amat berpatutan. Saya membantu ibu membawa barang yang dibeli.
          Kemudian, ibu mengajak saya ke gerai pakaian. Ibu menyuruh memilih baju dan seluar. Ibu membeli baju dan seluar baharu untuk saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada ibu.
         Setelah penat berjalan, kami berasa lapar. Kami singgah di gerai makanan. Ibu dan saya memesan laksa dan air oren. Laksa itu sangat enak, kami makan sampai kenyang.
            Kami pulang ke rumah pada pukul 10:00 malam. Walaupun letih tetapi saya sangat gembira kerana dapat membantu ibu. Saya berharap dapat menemani ibu ke pasar malam lagi.

             

LATIHAN.
1. Tulis sebuah karangan yang bertajuk "Pulang ke Kampung".
2. Sekolah kamu telah mengadakan sukan tahunan.
Ceritakan "Sambutan Hari Sukan" di sekolah kamu.