twitter
rss

TIPS MENJAWAB BAHAGIAN B

Langkah 1
Baca ketiga-tiga soalan yang diberikan dan fahami kehendak soalan.

Langkah 2
Pilih satu soalan yang paling mudah untuk dikarang.

Langkah 3
Fahami skop soalan supaya isi dan huraian mengikut kehendak soalan.

  • Bina rangka karangan atau peta minda.
  • Rangka karangan atau peta minda mesti mempunyai pendahuluan, 4 isi-isi penting dan penutup.
Langkah 4
Bagi karangan berformat, tulislah mengikut format yang telah ditetapkan.


KARANGAN BERFORMAT


  • Surat Kiriman Tidak Rasmi
  • Surat Rasmi
  • Laporan
  • Dialog
  • Berita
  • Catatan Harian
  • Syarahan

KARANGAN TIDAK BERFORMAT


  • Cerita
  • Fakta
  • Perbincangan
  • Biografi
  • Autobiografi
  • Melengkapkan Teks
  • Peribahasa

Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

Bulatkan.



1) ternampak         2) asap         3) menelefon
4) memadamkan api        5) mengucapkan
SA    = Ahmad ternampak rumah terbakar.
SAB = Ahmad ternampak rumah terbakar semasa pulang dari sekolah.

SA     = Ahmad ternampak asap.
SAM = Ahmad ternampak asap keluar dari bumbung rumah.

SA    = Ahmad segera menelefon pihak bomba.
SAM = Ahmad segera menelefon pihak bomba di telefon awam yang berhampiran.

SA     = Ahli bomba memadamkan api kebakaran.
SAM = Ahli bomba memadamkan api kebakaran yang marak itu.

SA     = Encik Nasir mengucapkan terima kasih kepada Ahmad.
SAM = Encik Nasir mengucapkan terima kasih kepada Ahmad atas sikap keprihatinannya.


@ Teknik mudah membina ayat. @
<3 Selamat mencuba <3



Latihan.
Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar  di bawah.
Gambar 1.




Gambar 2.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.



Bulatkan aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam gambar.


1) menjual           2) menunggu          3) menimbang               4) membayar      5) membawa
SA       = Pak Amin menjual sayur-sayuran.
SAM   = Pak Amin menjual sayur-sayuran di pasar tani.
SAMB = Pak Amin menjual sayur-sayuran di 
pasar tani pada setiap pagi.
SA          = Encik Alif menunggu daging.

SAM      = Encik Alif menunggu daging yang dipotong oleh penjual.
SAMM   = Encik Alif menunggu daging yang dipotong oleh penjual di hadapan gerai daging.
SA        = Encik Wong menimbang ikan.
SAM     =Encik Wong menimbang ikan yang dibeli oleh seorang wanita.
SAMM = Encik Wong menimbang ikan yang dibeli oleh seorang wanita di gerainya.

SA        = Puan Sally membayar harga ikan.
SAM    = Puan Sally membayar harga ikan yang dibelinya kepada Encik Wong.
SAMM =Puan Sally membayar harga ikan yang dibelinya kepada Encik Wong di gerai ikan.
SA        = Puan Aminah membawa bakul.
SAM     =Puan Aminah membawa bakul ke pasar.
SAMM =Puan Aminah membawa bakul ke pasar untuk mengisi barang-barang yang dibelinya.


@ SELAMAT BELAJAR @


LATIHAN.
Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah.






Bina lima ayat berdasarkan aktiviti-aktiviti di dalam gambar di bawah.







 TIPS MENULIS AYAT
  • Cari aktiviti / suasana / kegunaan dalam gambar.
  • Bulatkan.
  • Tulis aktiviti / suasana / kegunaan.
  • Bina ayat mudah jika takut salah.
  • Bina ayat lebih gramatis jika yakin betul

BAHAGIAN A
FORMULA MEMBINA AYAT.



S= Siapa + Apa 
  • Amin membaca novel.
SAM = Siapa + Apa + Mana
  • Amin membaca novel di perpustakaan.
SAMM = Siapa + Apa + Mana + Mengapa
  • Amin membaca novel di perpustakaan untuk merehatkan minda.
SAB = Siapa + Apa + Bila
  • Amin membaca novel pada waktu rehat.
SAMB = Siapa +Apa + Mana + Bila
  • Amin membaca novel di perpustakaan pada waktu rehat.




Betik masak lebat dipangkal,
Penuh kapal bawa belayar,
Baik budi panjang akal,
Hormat guru tekun belajar.

Manis rasanya buah delima,
Masak sebiji dicelah daun,
Budi guru saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Pohon palma tegak berdiri,
Mari ditanam tepi bangunan,
Ilmu di dunia terus dicari,
Jasa guru dilupa jangan.

Orang haji dari Jeddah,
Buah kurma berlambak-lambak,
Pekerjaan guru bukanlah mudah,
Bagai kerja menolak ombak.