twitter
rss

Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

Bulatkan.



1) ternampak         2) asap         3) menelefon
4) memadamkan api        5) mengucapkan
SA    = Ahmad ternampak rumah terbakar.
SAB = Ahmad ternampak rumah terbakar semasa pulang dari sekolah.

SA     = Ahmad ternampak asap.
SAM = Ahmad ternampak asap keluar dari bumbung rumah.

SA    = Ahmad segera menelefon pihak bomba.
SAM = Ahmad segera menelefon pihak bomba di telefon awam yang berhampiran.

SA     = Ahli bomba memadamkan api kebakaran.
SAM = Ahli bomba memadamkan api kebakaran yang marak itu.

SA     = Encik Nasir mengucapkan terima kasih kepada Ahmad.
SAM = Encik Nasir mengucapkan terima kasih kepada Ahmad atas sikap keprihatinannya.


@ Teknik mudah membina ayat. @
<3 Selamat mencuba <3



Latihan.
Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar  di bawah.
Gambar 1.




Gambar 2.

0 comments:

Post a Comment