twitter
rss

BIOGRAFI : Orang yang Paling Saya Sayangi.




Pendahuluan.
P1- orang yang disayangi
    - ibu 


Isi 1.
P2- Nama ibu
    - berumur
    - cantik
    - seorang guru - SJK(C) Keow Kuang


Isi 2.
P3- menghantar saya ke sekolah
    - menaiki kereta
    - tiba awal di sekolah
    - pulang dari sekolah


Isi 3.
P4- memasak makanan kegemaran
    - pandai memasak
    - masakan ibu sangat sedap
    - pandai menjahit baju


Isi 4.
P5- menyiapkan kerja sekolah
    - bertanya ibu - soalan yang sukar
    - mengajar dengan sabar


Penutup.
P6- sayang dan kagum
    - membalas jasa


   Semua orang mempunyai orang yang paling disayangi. Ibu adalah orang yang paling saya sayangi di dunia ini.
    Nama ibu saya Siti. Ibu saya berumur 36 tahun. Ibu saya seorang yang sangat cantik. Ibu seorang guru dan mengajar di SJK (C) Keow Kuang.
    Pada setiap pagi, ibu menghantar saya ke sekolah. Saya ke sekolah dengan menaiki kereta. Saya juga selalu tiba awal di sekolah. Ibu juga akan menjemput saya semasa pulang dari sekolah.
    Ibu selalu memasak makanan kegemaran kami sekeluarga. Ibu sangat pandai memasak. Masakan ibu sangat sedap. Ibu juga pandai menjahit baju.
   Pada waktu malam, ibu akan membantu saya menyiapkan kerja sekolah. Saya akan bertanya ibu tentang soalan yang sukar. Ibu mengajar saya dengan sabar.
     Saya sangat sayang dan kagum terhadap ibu saya. Saya akan menjaga dan membalas jasa ibu bapa saya apabila dewasa nanti. 
LATIHAN.     
1.Tulis sebuah karangan tentang rakan yang paling kamu sayangi.
2. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk "Jiran Saya". 

CERITA : Pergi ke Pasar Malam.


Rangka Karangan.


Pendahuluan.
P1- hujung minggu
    - berdekatan dengan rumah
    - bertolak
    - berjalan kaki


Isi 1.
P2- tiba di sana
    - ramai pengunjung
    - menjual pelbagai jenis barangan
    - riuh rendah


Isi 2.
P3 - ke gerai sayur-sayuran
     - memilih sayur-sayuran yang segar
     - harga berpatutan
     - membantu ibu


Isi 3.
P4 - ke gerai pakaian
     - memilih baju dan seluar
     - membeli baju dan seluar baharu
     - terima kasih


Isi 4.
P5 - penat - lapar
     - gerai makanan
     - enak - kenyang


Penutup.
P6 - pulang
     - letih - gembira
     - menemani ibu 
    


           Pada hujung minggu yang lalu, saya mengikut ibu ke pasar malam. Pasar malam itu berdekatan dengan rumah saya. Kami bertolak ke sana pada pukul 8:00 malam. Saya dan ibu berjalan kaki ke sana.
         Lima belas minit kemudian, kami pun tiba di sana. Saya melihat ramai pengunjung. Banyak gerai yang didirikan dan menjual pelbagai jenis barangan. Suasana di pasar malam riuh-rendah dan hiruk-pikuk dengan suara penjual.
           Saya mengikut ibu ke gerai sayur-sayuran. Ibu memilih sayur-sayuran yang segar. Harga sayur yang dijual di situ amat berpatutan. Saya membantu ibu membawa barang yang dibeli.
          Kemudian, ibu mengajak saya ke gerai pakaian. Ibu menyuruh memilih baju dan seluar. Ibu membeli baju dan seluar baharu untuk saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada ibu.
         Setelah penat berjalan, kami berasa lapar. Kami singgah di gerai makanan. Ibu dan saya memesan laksa dan air oren. Laksa itu sangat enak, kami makan sampai kenyang.
            Kami pulang ke rumah pada pukul 10:00 malam. Walaupun letih tetapi saya sangat gembira kerana dapat membantu ibu. Saya berharap dapat menemani ibu ke pasar malam lagi.

             

LATIHAN.
1. Tulis sebuah karangan yang bertajuk "Pulang ke Kampung".
2. Sekolah kamu telah mengadakan sukan tahunan.
Ceritakan "Sambutan Hari Sukan" di sekolah kamu.