CERITA : Pergi ke Pasar Malam.
Rangka Karangan.
Pendahuluan.
P1- hujung minggu
- berdekatan dengan rumah
- bertolak
- berjalan kaki
Isi 1.
P2- tiba di sana
- ramai pengunjung
- menjual pelbagai jenis barangan
- riuh rendah
Isi 2.
P3 - ke gerai sayur-sayuran
- memilih sayur-sayuran yang segar
- harga berpatutan
- membantu ibu
Isi 3.
P4 - ke gerai pakaian
- memilih baju dan seluar
- membeli baju dan seluar baharu
- terima kasih
Isi 4.
P5 - penat - lapar
- gerai makanan
- enak - kenyang
Penutup.
P6 - pulang
- letih - gembira
- menemani ibu
Pada hujung minggu yang lalu, saya mengikut ibu ke pasar malam. Pasar malam itu berdekatan dengan rumah saya. Kami bertolak ke sana pada pukul 8:00 malam. Saya dan ibu berjalan kaki ke sana.
Lima belas minit kemudian, kami pun tiba di sana. Saya melihat ramai pengunjung. Banyak gerai yang didirikan dan menjual pelbagai jenis barangan. Suasana di pasar malam riuh-rendah dan hiruk-pikuk dengan suara penjual.
Saya mengikut ibu ke gerai sayur-sayuran. Ibu memilih sayur-sayuran yang segar. Harga sayur yang dijual di situ amat berpatutan. Saya membantu ibu membawa barang yang dibeli.
Kemudian, ibu mengajak saya ke gerai pakaian. Ibu menyuruh memilih baju dan seluar. Ibu membeli baju dan seluar baharu untuk saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada ibu.
Setelah penat berjalan, kami berasa lapar. Kami singgah di gerai makanan. Ibu dan saya memesan laksa dan air oren. Laksa itu sangat enak, kami makan sampai kenyang.
Kami pulang ke rumah pada pukul 10:00 malam. Walaupun letih tetapi saya sangat gembira kerana dapat membantu ibu. Saya berharap dapat menemani ibu ke pasar malam lagi.
LATIHAN.
1. Tulis sebuah karangan yang bertajuk "Pulang ke Kampung".2. Sekolah kamu telah mengadakan sukan tahunan.
Ceritakan "Sambutan Hari Sukan" di sekolah kamu.