twitter
rss

FORMULA BAHAGIAN C.

1. Kita mestilah  +  nilai murni  +  kata hubung  +  huraian

2. Di samping itu, kita haruslah  +  nilai murni +  kata hubung  +  huraian

3. Kita juga patutlah +  nilai murni  +  kata hubung  +  huraian

4. Akhir sekali, kita hendaklah  +  nilai murni +  kata hubung  +  huraian

Ulasan.

      Kita mestilah ____________ dengan 

___________________. Di samping itu, kita  

haruslah ________________ seperti _____

__________________. Kita juga patutlah, 

_________________________ iaitu dengan 

________________________. Akhir sekali, 

kita hendaklah _______________________ 

dengan cara _________________________.



TIP MENJAWAB BAHAGIAN C.

Langkah 1 :
Baca arahan dan fahami kehendak soalan.

Jenis-jenis ulasan.

  • Nilai murni
  • Amalan baik
  • Pengajaran


Langkah 2 :

  • Baca petikan yang diberikan.
  • Pilih 4 nilai murni, amalan baik atau pengajaran dalam petikan.

Langkah 3 :
  • Tulis hanya 4 nilai murni, amalan baik atau pengajaran beserta huraian yang lengkap mengikut teks.


TIPS EKSTRA.
  • Pastikan hanya satu perenggan sahaja yang ditulis.
  • Semak semula jawapan yang ditulis. Pastikan ayat-ayat tersebut lengkap dan betul daripada segi ejaan dan tatabahasanya.
  • Garis nilai murni yang telah ditulis dalam ulasan.

CATATAN : Menghadiri Majlis Sambutan Hari Lahir.

Kamu menghadiri Majlis Sambutan Hari Lahir sahabat kamu. Tuliskan catatan tentang majlis hari lahir itu.

Pendahuluan.
  • hari, tarikh, masa

Isi-isi penting.
  • tiba di rumah Daniel
  • memulakan Majlis Sambutan Hari Lahir
  • memotong kek, menyanyikan lagu hari jadi
  • menjamu selera, bapa Daniel menghadiahkan sebuah komputer riba

Penutup.
  •  minta diri


Ahad, 25 September 2011

12:00 tengah hari
Setibanya di rumah Daniel, aku dan Kai Cong dijemput masuk ke dalam rumah Daniel. Daniel begitu gembira menyambut kedatangan kami. Kami juga berjumpa dengan rakan-rakan lain yang berada di dalam rumah Daniel.

1:00 petang
Tepat pukul 1:00 petang, Majlis Sambutan Hari Lahir pun bermula. Daniel mengucapkan terima kasih kepada ibu bapanya yang sudi mengadakan majlis hari lahirnya.

1:20 petang
Kemudian, Daniel memotong kek hari lahirnya sambil kami menyanyikan lagu 'Selamat Hari Lahir' untuknya. Daniel kelihatan gembira kerana dapat menyambut hari lahir bersama rakan-rakannya.

1:35 petang
Kami menjamu selera makanan yang dihidangkan oleh keluarga Daniel. Kami berbual-bual kerana sudah lama tidak bertemu. Bapa Daniel telah menghadiahkannya sebuah komputer riba. Daniel berasa terkejut dan gembira dengan pemberian hadiah istimewa daripada keluarganya.

3:00 petang
Majlis hari lahir sudah selesai. Kami minta diri untuk pulang ke rumah. Kami berasa sangat gembira.

Latihan.

1. Sekolah kamu telah mengadakan satu sukaneka. Ceritakan tentang sukaneka yang diadakan di sekolah kamu dalam bentuk catatan.

2. Kamu telah menyertai lawatan ke Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh persatuan sekolah kamu. Ceritakan dalam bentuk catatan harian tentang lawatan tersebut.







LAPORAN : Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu 2011 SJK (C) Keow Kuang, Pulau Pinang.


Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu. Sebagai setiausaha, tulis laporan tentangnya.

(P1) Pendahuluan.
  • tajuk laporan
  • mengadakan - syarahan - sekolah
  • diadakan - 28 Ogos 2011
  • diadakan - dewan

(P2) Isi 1.
  • disertai - 20 orang - Tahun Lima
  • diadili - Cikgu Faridah - ketua hakim
  • Manakala - Cikgu Fauzan, Cikgu Rizam - Cikgu Sunder - hakim

(P3) Isi 2.
  • Pertandingan - pada pukul 8:00 pagi - tamat - 10:00 pagi
  • peserta - masa - 5 hingga 7 minit - menyampaikan
  • disaksikan - murid tahap 2

(P4) Isi 3.
  • mengumumkan - pertandingan
  • Johan pertandingan - Ginny Ewu 
  • menyampaikan - 'Pencegahan Dadah Bermula di Sekolah'.
  • Tempat kedua - dimenangi - Teh Shu Wei- tempat ketiga - Goh Sher Ling

(P5) Isi 4.
  • Guru besar - menyampaikan hadiah - pemenang
  • Peserta - johan - mewakili sekolah - peringkat daerah
  • berharap - pertandingan - diadakan - setiap tahun

(P6) Penutup.
  • pulang - kelas

Tandatangan.                           30 Ogos 2011


Laporan Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu 2011 SJK (C) Keow Kuang, Pulau Pinang.

       Persatuan Bahasa Melayu SJK (C) Keow Kuang, Pulau Pinang telah mengadakan Pertandingan Syarahan Peringkat Sekolah 2011. Pertandingan itu diadakan pada 28 Ogos 2011. Pertandingan itu diadakan di dewan sekolah.
       Pertandingan ini disertai oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada murid Tahun Lima. Pertandingan itu diadili oleh Cikgu Faridah sebagai ketua hakim. Manakala Cikgu Fauzan, Cikgu Rizam dan Cikgu Sunder sebagai hakim.
       Pertandingan ini dimulakan pada pukul 8:00 pagi dan tamat pada pukul 10:00 pagi. Setiap peserta diberikan masa selama 5 hingga 7 minit untuk menyampaikan syarahan mereka. Pertandingan itu disaksikan oleh semua murid tahap 2.   
      Ketua hakim mengumumkan keputusan pertandingan.  Johan pertandingan itu dimenangi oleh Ginny Ewu. Tajuk syarahan yang disampaikan olehnya ialah 'Pencegahan Dadah Bermula di Sekolah'. Tempat kedua pula dimenangi oleh Teh Shu Wei dan tempat ketiga pula oleh Goh Sher Ling.
    Guru besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Peserta yang menjadi johan akan mewakili sekolah untuk peringkat daerah. Beliau berharap agar pertandingan ini dapat diadakan pada setiap tahun
     Semua murid pulang ke kelas masing-masing pada pukul 10:00 pagi.

Yang menjalankan tugas,                30 OGOS 2011
 Stephanie Lim
 (STEPHANIE LIM)
 Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
SJK (C) Keow Kuang,
Pulau Pinang.




Latihan. 


1. Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu. Sebagai setiausaha, tulis laporan tentangnya.


2. Persatuan sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Melaka. Sebagai setiausaha persatuan, tulis sebuah laporan tentangnya.

SURAT KIRIMAN RASMI : Memohon untuk Menggunakan Dewan Sekolah.

Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu akan mengadakan latihan untuk pertandingan bercerita di dewan sekolah. Sebagai setiausaha persatuan, tulis sepucuk surat kepada guru besar untuk memohon menggunakan dewan sekolah.

Pendahuluan.
  • alamat
  • tarikh
  • perkara

Isi-isi Penting.
  • menyatakan tujuan ,butir-btir penggunaan
  • berjanji menjaga kemudahan dewan 
  • akan memastikan keselamatan murid
  • mohon pertimbangan

Penutup.
  • ucapan terima kasih
  • tandatangan


SJKC Keow Kuang,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

                                                                                      

Guru Besar,
SJKC Keow Kuang,
14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang.                                8 JULAI 2011


Tuan,
Memohon untuk Menggunakan Dewan Sekolah.

Berhubung dengan perkara di atas, saya Ivy Wong, setiausaha Persatuan Bahasa Melayu ingin memohon menggunakan dewan untuk latihan pertandingan bercerita yang akan diadakan pada 22 Julai 2011.

2.    Berikut ialah butir-butir mengenai
       penggunaan dewan sekolah :
       Tarikh : 15 Julai 2011
       Masa pengunaan : 11:00 pagi- 01:00
       tengah hari.
       Jumlah murid yang terlibat : 20 orang.

3.  Kami berjanji akan menjaga kemudahan di dewan dengan baik. Keselamatan pelajar juga akan menjadi keutamaan kami.
4. Pihak kami mengucapkan terima kasih atas pertimbangan pihak tuan dalam perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Ivy Wong
(IVY WONG GHER SHING)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu.




Latihan.


1. Kamu tidak dapat hadir ke sekolah selama beberapa hari kerana pulang ke kampung melawat nenek yang sakit.


Tulis sepucuk surat kepada guru kelas untuk menyatakan sebab anda tidak hadir ke sekolah.


2. Kamu ialah setiausaha persatuan beruniform di sekolah. Persatuan beruniform sekolah akan menganjurkan lawatan ke suatu tempat yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan ahli.


Tulis sepucuk surat memohon kebenaran membuat lawatan kepada pihak berkenaan.