twitter
rss

CATATAN : Menghadiri Majlis Sambutan Hari Lahir.

Kamu menghadiri Majlis Sambutan Hari Lahir sahabat kamu. Tuliskan catatan tentang majlis hari lahir itu.

Pendahuluan.
  • hari, tarikh, masa

Isi-isi penting.
  • tiba di rumah Daniel
  • memulakan Majlis Sambutan Hari Lahir
  • memotong kek, menyanyikan lagu hari jadi
  • menjamu selera, bapa Daniel menghadiahkan sebuah komputer riba

Penutup.
  •  minta diri


Ahad, 25 September 2011

12:00 tengah hari
Setibanya di rumah Daniel, aku dan Kai Cong dijemput masuk ke dalam rumah Daniel. Daniel begitu gembira menyambut kedatangan kami. Kami juga berjumpa dengan rakan-rakan lain yang berada di dalam rumah Daniel.

1:00 petang
Tepat pukul 1:00 petang, Majlis Sambutan Hari Lahir pun bermula. Daniel mengucapkan terima kasih kepada ibu bapanya yang sudi mengadakan majlis hari lahirnya.

1:20 petang
Kemudian, Daniel memotong kek hari lahirnya sambil kami menyanyikan lagu 'Selamat Hari Lahir' untuknya. Daniel kelihatan gembira kerana dapat menyambut hari lahir bersama rakan-rakannya.

1:35 petang
Kami menjamu selera makanan yang dihidangkan oleh keluarga Daniel. Kami berbual-bual kerana sudah lama tidak bertemu. Bapa Daniel telah menghadiahkannya sebuah komputer riba. Daniel berasa terkejut dan gembira dengan pemberian hadiah istimewa daripada keluarganya.

3:00 petang
Majlis hari lahir sudah selesai. Kami minta diri untuk pulang ke rumah. Kami berasa sangat gembira.

Latihan.

1. Sekolah kamu telah mengadakan satu sukaneka. Ceritakan tentang sukaneka yang diadakan di sekolah kamu dalam bentuk catatan.

2. Kamu telah menyertai lawatan ke Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh persatuan sekolah kamu. Ceritakan dalam bentuk catatan harian tentang lawatan tersebut.







0 comments:

Post a Comment