SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI : Pengalaman Menyertai Perkhemahan.
Kamu telah menyertai satu perkhemahan pengakap pada minggu lepas. Ceritakan pengalaman kamu menyertai perkhemahan itu kepada kawan kamu dengan menulis surat.
(P1) Pendahuluan.
- kata alu-aluan
(P2) Isi 1.
- bertanya khabar
- Semoga berada - sihat
- sihat
(P3) Isi 2.
- tujuan - menulis - menceritakan - perkhemahan
- menyertai - perkhemahan - sekolah
- berkhemah - 3 hari 2 malam
- aktiviti - dijalankan
(P4) Isi 3.
- diajar - mendirikan
- tengah hari - belajar memasak
- petang - kawad kaki - padang
(P5) Isi 4.
- malam terakhir - menyanyi - menari
- Acara kemuncak
- memenangi - persembahan
(P6) Penutup.
- Setakat - sahaja - dapat - tuliskan
- ingin mengetahui - terbaru
Sekian, terima kasih.
No. 22 Taman Bestari,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
8 Mei 2011
Menemui sahabatku, Siti yang berada di Perak dengan selamatnya.
Saudari,
Apa khabar saudari di sana? Semoga berada dalam keadaan sihat selalu. Saya juga berada dalam keadaan sihat.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan tentang pengalaman saya berkhemah. Saya menyertai perkhemahan selama 3 hari 2 malam. Saya berkhemah di sekolah. Pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Kami juga telah diajar untuk mendirikan khemah. Pada waktu tengah hari, kami belajar memasak. Pada waktu petangnya pula kami berlatih kawad kaki di padang.
Pada malam terakhir perkhemahan, kami menyanyi dan menari dengan gembira. Acara kemuncaknya adalah pertandingan persembahan. Kumpulan kami memenangi pertandingan tersebut.
Setakat ini sahaja yang dapat saya tuliskan untuk saudari. Saya juga ingin mengetahui cerita terbaru daripada saudari pula.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Nurul Ain
Latihan.
1. Kamu ingin membalas surat daripada kawan. Ceritakan persediaan kamu untuk menghadapi peperiksaan UPSR kepada kawan kamu itu.
2. Kamu tinggal bersama nenek kamu di kampung. Tulis sepucuk surat kepada ibu kamu untuk menceritakan keadaan kamu di kampung.